Judul : Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS
link : Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS
Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS
SUBANG JAYA: Kajian 18 bulan seorang profesor Universiti Harvard dari Amerika Syarikat mengenai sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.
“Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil,” kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.
Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.
“Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi,” katanya kepada FMT.
“Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang.”
Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.
Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.
Katanya, seperti negara Eropah, wujud perbahasan hangat sama ada penggunaan bahasa Inggeris akan menjejaskan penggunaan bahasa ibunda.
“Perbahasan sedemikian sering berlaku tetapi mereka berjaya mencari jalan penyelesaiannya. Mereka mengajar bahasa Inggeris dengan baik sehinggakan warga Eropah fasih 2 bahasa itu (bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka).”
Menurutnya, di Iceland, mereka mengambil serius bahasa ibunda.
“Tetapi, mereka mengakui mereka berasal dari sebuah negara kecil dan jika mereka hanya boleh berbahasa Iceland, ekonomi mereka mungkin tidak berfungsi kepada keperluan ekonomi dunia.
“Semua orang bercakap bahasa Iceland dan Inggeris. Mereka belajar bahasa Inggeris untuk berniaga dengan orang Itali, Sepanyol dan orang lain.”
Sebaliknya, di Malaysia, mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris adalah daripada kelas atasan dan pertengahan.
Woolcock berkata, sistem pendidikan perlu memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
Sebagai contoh, beliau berkata, kajian beliau di Palestin menunjukkan sebuah sekolah di tengah zon perang mendapat markah tinggi bertaraf antarabangsa.
“Itu sesuatu yang luar biasa. Kami kemudiannya mendapati masyarakat itu melatih pelajar menggunakan apa yang dipelajari mereka. Ia berkesan untuk mereka.”
Woolcock mencadangkan sistem untuk mengesan punca sesebuah sekolah berprestasi lebih baik atau lebih teruk daripada sekolah lain untuk merapatkan jurang antara sekolah.
Katanya, Malaysia mempunyai semua bahan betul dan prasarana lengkap untuk sistem pendidikan cekap, tetapi masalahnya terletak pada pelaksanaan dasar.
“Semua bahan mentah dan wang sudah ada, tetapi tiada pelaksanaan.”
Beliau tidak melihat masalah pendidikan di negara ini berpunca daripada guru.
“Bukannya mereka tidak bijak atau mampu atau rajin dalam menjalankan tugas. Masalahnya ialah sistem yang merupakan sebahagian daripada mereka. Jika mahu menukar sistem, anda perlu mengubah peraturan dan amalan.”
Beliau berkata, guru perlu diberi ruang untuk mencuba sesuatu yang berbeza.
Beliau memberi contoh di India di mana guru hanya dianggap baik selepas mereka berjaya mengajar semua bab dalam buku teks. Namun, mereka tidak dinilai sama ada kanak-kanak mempelajari sesuatu.
“Jika seorang guru perlu menunjukkan semua mata pelajaran selesai diajar untuk mendapat kenaikan gaji, maka itu yang akan dilakukan guru. Pengutamaan amat penting.”
Beliau memuji kerajaan melaksanakan kemahiran berfikir lebih tinggi serta program dwibahasa di sekolah kebangsaan.
Namun, ia juga berdepan masalah sama: jurang kaya dan miskin.
“Kerana sekali lagi, mungkin ada variasi dengan kelas atasan berjaya melakukannya. Beberapa sekolah mungkin berjaya dan sekolah lain mungkin tidak.”
Sumber: FMT

Demikianlah Artikel Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS
Sekianlah artikel Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata penyelidik AS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/jurang-kaya-miskin-antara-masalah-utama.html