[JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000

[JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000
link : [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000

Baca juga


[JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000


Premis dipecah masuk, pengusaha rugi RM5,000


Sebuah premis mengusahakan perniagaan gril di Felda Jengka 12 di sini, dipecah masuk menyebabkan kerugian RM5,000.

Pengusaha Melur Grill Enterprise, Amiruddin Fauzi, 40, berkata, kejadian yang berlaku malam Ahad lalu dilakukan ketika beliau dan pekerja sudah pulang ke rumah sebelah malamnya.

Kejadian disedari pada keesokan harinya sewaktu beliau tiba untuk membuka perniagaan dan melihat simen melekat pada pintu grill yang dibuka.

"Simen bahagian pintu premis tu pecah dan terangkat sampai atas. Ia melekat di pintu kesan diumpil.

"Lima mesin hilang berharga RM5,000 iaitu mesin drill, grinder, mesin pemotong plywood dan peralatan serta mesin welding. Semua itu peralatan penting untuk tempahan gril dan katil. Apabila mesin kena curi, saya terpaksa meminjam peralatan kedai lain untuk siapkan tempahan-tempahan sedia ada," katanya ketika ditemui Sinar Harian di premisnya.

Isteri Amiruddin, Zamilah Hamzah, 37, berkata, kejadian ini sememangnya mendukacitakan beliau sekeluarga. Lebih-lebih lagi awal tahun di mana Melur Grill perlu menyempurnakan tempahan dan perbelanjaan persekolahan baharu sahaja berlalu.

"Mana-mana pihak pun apabila masuk awal tahun banyak duit nak belanja. Belanja sekolah, bayar cukai, insurans dan macam-macam lagi. Dah jadi macam ni sedih dan kecewa. Mujur kawan-kawan bagi semangat.

"Saya harap pihak polis dapat menangkap pencuri ini dan dijatuhi hukuman setimpal. Sebelum ni saya dapat tahu kedai gril Jengka lain pun berlaku kecurian. Cara pencuri masuk pun sama, iaitu pecahkan simen pintu masuk. Bukan pecahkan mangga pintu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Belia Jengka 12, Arifuddin Mohamed dan Presiden Kelab Happy Decorative, Rosnah Hassan, turut meluangkan masa melawat premis Amiruddin yang sudah beroperasi semula, semalam.

Arifuddin berkata, dalam tempoh kurang dua minggu berlaku dua kejadian pecah premis di Jengka tersebut, justeru pihak belia akan meningkatkan kawalan keselamatan pada sebelah malam bagi membantu pihak polis mengekang kejadian sama.





Demikianlah Artikel [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000

Sekianlah artikel [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JENGKA] PREMIS DIPECAH MASUK, PENGUSAHA RUGI RM5,000 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/jengka-premis-dipecah-masuk-pengusaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :