Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP

Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP
link : Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP

Baca juga


Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP

KETUA Pengarah Pelajaran,
Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.
- Foto Ahmad Irham Mohd Noor
 SUNGAI PETANI: Golongan guru diingatkan agar tidak menunggu format peperiksaan tahun lalu untuk dijadikan rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebaliknya guru perlu mengikuti kurikulum yang disediakan Kementerian Pendidikan yang sudah pun lengkap dan memenuhi semua aspek pendidikan pada masa kini.

"Kurikulum standard baharu bagi sekolah rendah dan menengah sudah disemak semula, kita tidak mahu ada dalam kalangan guru yang menunggu format peperiksaan lalu dan kalau tidak ada format, mereka akan guna format yang lama.

"Dalam kurikulum kita sediakan, kita sudah terangkan apa yang perlu diajar, apa yang perlu dicapai dan apa yang perlu ditafsir, itu sudah mencukupi," katanya selepas menghadiri Program Bicara Profesional, Guru Muda 1Malaysia Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21, pelajar dalam kategori berkeperluan khas dan anak-anak Orang Asli tidak akan dipinggirkan.

"Kita akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini dan akan memperhebatkan lagi P&P agar golongan itu tidak ketinggalan.

"Abad ke-21 adalah pembelajaran berasaskan murid, kita menilai mereka berasaskan aktiviti, kebolehan berinteraksi, tidak tertumpu hanya kepada peperiksaan semata-mata," kata Khair. - BERNAMA

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP

Sekianlah artikel Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/jangan-tunggu-format-peperiksaan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :