Judul : HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG
link : HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG
HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG
Orang bukan Islam juga sokong Akta 355
SHAH ALAM – Bantahan daripada bukan Islam terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang juga dikenali sebagai Akta 355 telah berkurangan beberapa bulan lalu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai pihak lebih bersikap terbuka menerima Akta 355 selepas Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat banyak penerangan berhubung akta terbabit.
"Terdapat mesyuarat, dialog dan tulisan mengenai RUU ini. Hasilnya, bantahan terhadap Akta 355 telah berkurangan dan kami terima pandangan yang positif daripada ramai pihak.
"Ia termasuk daripada orang bukan Islam dan orang-orang di Sarawak," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengambil inisiatif menganjurkan himpunan 355 pada Februari depan.
Difahamkan, himpunan yang akan mengambil tempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu akan disertai barisan NGO yang turut serta menyokong Akta 355 tersebut.
"Himpunan ini bertujuan untuk memperteguh komitmen, kekuatan mental, fizikal dan spiritual rakyat terhadap usaha memartabatkan syariat Islam.
"Ia juga bertujuan mendidik rakyat ke arah memahami dan menghormati hak mengamalkan agama sebagaimana yang dijamin Perlembagaan," katanya lagi.
Demikianlah Artikel HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG
Sekianlah artikel HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HANYA KOMINIS SAHAJA YANG TIDAK SOKONG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/hanya-kominis-sahaja-yang-tidak-sokong.html