Judul : HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN
link : HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN
HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN
Kuala nerang - Seorang pemuda berusia 36 tahun terpaksa bergantung hidup kepada belas ihsan jiran-jiran selepas tidak dapat bekerja akibat menghidap penyakit kaki gajah atau untut sejak 13 tahun lalu.
Penyakit itu menyebabkan Zamrie Md Akhir dari Kampung Bukit Tembaga Timur sukar untuk bergerak kerana kaki kanan dari paras lutut ke bawah membesar.
“Kaki kanan semakin besar hingga menyukarkan saya berjalan kerana perlu mengheret kaki dianggarkan seberat lima kilogram ini. Saya juga terpaksa menanggung sakit jika berdiri terlalu lama atau berjalan dalam jarak jauh.
“Kaki saya juga akan mengeluarkan cecair seperti nanah hingga saya demam-demam. Disebabkan penyakit ini, saya tak dapat bekerja dan kali terakhir di sebuah stesen minyak di Pokok Sena pada 2004,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zamrie, dia bernasib baik kerana jiran-jirannya sudi menghulurkan bantuan dengan memberikan makanan, selain sentiasa bertanya khabar.
“Saya hidup sebatang-kara di rumah ini selepas ibu angkat saya (Embun Bashah) meninggal dunia pada 2006. Sementara bapa angkat (Idris Md Salleh) pula berpindah ke Perak dan meninggal dunia lima tahun lalu.
“Sejak kematian ibu, saya terpaksa tanggung sakit seorang diri. Segala keperluan dibantu jiran termasuk Pengerusi JKKK Bukit Tembaga Timur, Abdul Wahab Ramdzan,” katanya.
Tambah Zamrie, kehidupan hariannya bertambah perit apabila bekalan air dipotong lima tahun lalu, sementara bekalan elektrik pula baru dipotong lapan bulan lalu.
"Disebabkan sedih melihat keadaan saya, jiran membantu menyambung semula bekalan elektrik, sementara air saya ambil daripada rumah jiran. Saya sangat bersyukur kerana mendapat jiran yang sentiasa prihatin dengan menghulurkan pelbagai sumbangan kepada saya.
“Di samping dibantu jiran, saya turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan. Saya cuba berjimat walaupun selalu tak cukup untuk beli keperluan harian, di samping ditampung sumbangan daripada jiran,” katanya.
Sementara itu, Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, pihaknya sangat simpati dengan nasib Zamrie.
Justeru katanya, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah bekalan air dihadapi pemuda itu selama ini dan akan berunding dengan JKM supaya dapat menaikkan bantuan bulanannya.
Demikianlah Artikel HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN
Sekianlah artikel HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HANYA HARAP BELAS IHSAN JIRAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/hanya-harap-belas-ihsan-jiran.html