Judul : Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS
link : Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS
Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS
Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda Gerakan berkata, himpunan anjuran PAS itu seperti himpunan Bersih yang boleh menimbulkan 'kekacauan'.
Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda Gerakan, Chai Ko Thing turut memuji tindakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz menolak cadangan PAS mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, himpunan anjuran PAS itu seperti himpunan Bersih yang boleh menimbulkan “kekacauan”.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan himpunan solidariti RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Parti Islam itu menyasarkan penyertaan 300,000 orang bagi menunjukkan sokongan umat Islam terhadap RUU berkenaan, selain mempelawa seteru mereka, DAP dan Amanah.
Bagaimanapun, Mhd Amin Nordin berkata, PAS tidak boleh mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka atau Padang Merbok, sebaliknya beliau mencadangkan Stadium Titiwangsa kepada parti itu.
Chai mendakwa motif PAS mengadakan himpunan itu “mencurigakan” kerana kerajaan sudah mengumumkan kajian mendalam ke atas RUU persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Beliau berkata, disebabkan kerajaan akan mengambil alih RUU itu pada peringkat bacaan ke-2, PAS tiada sebab untuk menganjurkan perhimpunan itu.
Lebih penting, katanya, ialah kerajaan perlu memastikan cadangan pindaan kepada Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) itu tidak menyebabkan Mahkamah Syariah mencampuri bidang kuasa mahkamah sivil.
Selepas menangguhkan pembentangan RUU 355 buat kali ke-2 di Dewan Rakyat pada 24 November lalu, Hadi mengumumkan perhimpunan mega akan diadakan tahun ini untuk menunjukkan RUU itu mendapat sokongan pelbagai.
Hadi dilaporkan berkata, perbahasan RUU 355 ditangguhkan bagi mengadakan proses penerangan kerana masih ramai tidak memahaminya.
Mereka yang menentang RUU itu mendakwa ia tidak mengikut Perlembagaan, manakala penyokongnya berkata pindaan itu hanya melibatkan umat Islam dan tiada kena-mengena dengan orang bukan Islam.
Demikianlah Artikel Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS
Sekianlah artikel Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gerakan gembira datuk bandar KL halang himpunan RUU 355 PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/gerakan-gembira-datuk-bandar-kl-halang.html