Judul : Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS
link : Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS
Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS
MUAR 31 Jan. - Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) membuktikan ketelusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan itu berbeza dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyaksikan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng masih meneruskan tugas biarpun sudah didakwa di mahkamah.
Menurut beliau, kes membabitkan Annuar hanya baharu dalam peringkat siasatan, namun penggantungan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak terlibat menjalankan siasatan secara terperinci.
Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau fasiliti kesihatan di kawasan terjejas banjir di Pagoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas pengerusi mereka, Tan Sri Annuar Musa.
Kata Ismail Sabri, beliau kini sedang menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA.
"Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi.
"Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.
"Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri.
"Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, sebentar tadi.
Demikianlah Artikel Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS
Sekianlah artikel Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula Cekap MENGULAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/gantung-annuar-menteri-jaga-mara-kata.html