DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN

DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN
link : DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN

Baca juga


DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN


Kes jenayah


Kuala Lumpur - Dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai polis untuk menipu dalam urusan membebaskan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Dang Wangi di Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Mohd Sukri, suspek menggunakan taktik memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dari IPD Dang Wangi kepada anggota keluarga seorang daripada tahanan lokap di IPD itu.

"Suspek meminta wang tunai RM50,000 untuk bayaran wang jaminan bagi melepaskan tahanan dari lokap.

"Disebabkan keluarga tahanan terpedaya dan terdesak, mereka membuat beberapa bayaran berjumlah RM43,050 ke dalam satu akaun bank. Namun tahanan tidak dilepaskan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Sukri berkata, susulan penahanan dua lelaki itu, pihaknya kini memburu dua lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Remantharan Pillay Vijayantharan, 39 dan Gobal Raman, 40.

"Orang ramai yang mengenali suspek diminta menyalurkan maklumat kepada Inspektor Mohamad Azhari Abd Aziz menerusi talian 016-2223903 atau tampil ke balai polis berhampiran," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang ditahan kini direman enam hari sehingga 18 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.




Demikianlah Artikel DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN

Sekianlah artikel DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/dua-lelaki-menyamar-polis-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :