Judul : Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian
link : Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian
Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian
Selain itu Trump berkata, beliau mahu Amerika Syarikat memberi keutamaan kepada orang Kristian Syria yang melarikan diri daripada perang saudara di sana.
Trump sebelum ini berjanji untuk melaksanakan beberapa langkah-langkah yang dipanggil “tapisan melampau” semasa kempen pilihan raya tahun lalu dengan berkata bahawa mereka akan menghalang militan daripada memasuki Amerika Syarikat dari luar negara.
Namun kumpulan hak sivil telah mengutuk perintah itu yang dianggap berbahaya dan diskriminasi.
Butiran perintah itu masih belum diperolehi namun dijangka akan dikeluarkan oleh Rumah Putih sedikit masa lagi.
“Saya menetapkan tindakan tapisan baru untuk memastikan pengganas Islam radikal keluar dari Amerika Syarikat. Tidak mahu mereka di sini,” kata Trump di Pentagon.
“Kami hanya menerima kemasukan di kalangan mereka yang akan menyokong negara kita,” katanya.
Secara berasingan Trump berkata bahawa orang Kristian Syria akan diberi keutamaan untuk memohon status pelarian.
Bagaimanapun pakar undang-undang berkata tindakan mengkhususkan agama tertentu boleh dicabar sebagai melanggar Perlembagaan AS. – mstar Online
Demikianlah Artikel Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian
Sekianlah artikel Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Donald Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Syria Beragama Kristian dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/donald-trump-tandatangani-perintah.html