Judul : Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan
link : Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan
Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan
Apabila macai-macai Parti Cap Bunga Raya cuba mensucikan idola mereka, Tun Dr Mahathir dengan mengubahsuaikan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kembali. Tidak dinafikan pinjaman kepada kumpulan Carrian diberikan sewal tahun 1979. Namun pada peringkat awal, urusniaga pada masa itu amat menguntungkan. Kumpulan Carrian memperolehi keuntungan bersih USD 100 juta dengan perolehan USD 280 juta.
Namun skandal ini wujud sekitar tahun 1982 yang mana berlakunya transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh oleh Bank Negara Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16/07/1981. Kenapakah Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri masih membiarkan BMF untuk mengeluarkan pinjaman kepada kumpulan Carrian seperti transaksi di bawah sehingga Oktober 1982?
Tengku Razaleigh Hamzah sememangnya Menteri Kewangan ketika itu. Harus diingat Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir. Sebelum Julai 1981, beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980).
Perlu diingat juga BBMB adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Dan pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).
Siapa kata selepas Tun Daim mengambil alih jawatan sebagai Menteri Kewangan, Malaysia telah menjadi Bersih, Cekap dan Amanah? Tun Daim selepas menjawat jawatan berkenaan telah mengistiharkan kes BMF yang rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Kesudahannya, pada 17/09/1984, pinjaman bermasalah BMF yang ditanggung oleh BBMB sejak 31/12/1983, telah di'bailed out' oleh Petronas.
Kesimpulannya, cara Tun Dr Mahathir menyelesaikan masalah BMF, iaialah dengan cara 'bailed out' dengan menggunakan wang Petronas (baca wang Rakyat). IMDB ada 'bailed out' kah?
Nota kaki: Sejarah memang tak pernah menipu. Tapi jangan menipu sejarah.
Demikianlah Artikel Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan
Sekianlah artikel Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/dokumen-skandal-bmf-didedah-tun-dr.html