DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN

DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN
link : DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN

Baca juga


DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN


15873133_1260961203962648_5774714006722616823_n


Baling – Pelbagai bentuk bantuan mula dihulurkan kepada Zarina Jusoh, 45, yang menderita kanser mulut tahap empat, di sini sejak kisahnya dipaparkan media semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah bantuan bulanan dari RM200 kepada RM300; Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim tampil memberi bantuan sebanyak RM300 sebulan selama setahun termasuk bantuan susu khas untuk ibu lima orang anak itu.

Abdul Azeez berkata, pejabat parlimennya akan juga menyegerakan proses permohonan rumah ibu tersebut memandangkan rumah yang diduduki di Kampung Lalang, Mukim Siong sekarang disewa.

“Di samping itu, kita juga akan pastikan pengangkutan untuknya pergi mendapatkan rawatan di Institut Perubatan Pergigian Termaju (IPPT) di Bertam, Pulau Pinang disediakan,” katanya.

Zarina sebelum ini menjalani pembedahan di rahang kanan sebanyak tiga kali tetapi keadaan masih tidak berubah, malah kanser itu semakin membesar.

Menurut ibu itu, kanser mula menyerangnya lima tahun lalu.

Ia bermula dengan benjolan kecil di bawah rahang kanannya dan semakin lama semakin membesar.

Zarina mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling, dan kesnya itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Ibu itu terpaksa menjalani tiga kali pembedahan bermula pada 2014, dan doktor terpaksa membuang tulang rahangnya kerana bimbang kanser itu menjangkiti otaknya.

Zarina berkata, pembedahan itu tidak memberi kesan kepada penyakitnya kerana setiap kali pembedahan membuang tumor dilakukan, ia membesar semula selepas empat bulan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank 2-00-5151-00015886-0 atas nama Abdullah Ahmad atau hubungi mereka di talian 019-5072796.




Demikianlah Artikel DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN

Sekianlah artikel DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DERITA IBU SAKIT KANSER MULUT MULA DAPAT PERHATIAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/derita-ibu-sakit-kanser-mulut-mula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :