[BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA

[BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA
link : [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA

Baca juga


[BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA


Touch Point dekati masyarakat Cina


MCA dan Gerakan digesa mengenal pasti masyarakat Cina yang memerlukan bantuan terutamanya berkaitan kebajikan menerusi aktiviti Touch Point di seluruh Parlimen Bera.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui aktiviti itu, lebih ramai masyarakat Cina yang miskin, terlantar sakit mahupun tercicir pendidikan dan kebajikan dapat dibantu.

Menurutnya, RM500,000 diperuntukkan kepada golongan itu untuk merealisasikan usaha berkenaan.

“Sebelum ini, kita buat program, mereka datang...tapi kali ini, kita pula akan pergi ke rumah mereka menerusi aktiviti ini.

“Cara ini lebih baik, dan mereka akan rasa lebih dihargai malah apa saja permasalahan mereka sampai terus kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 Parlimen Bera, di Dewan Kompleks Rakan Muda, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 1,000 dalam kalangan orang miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menerima sumbangan angpau dan sagu hati sebagai tanda ingatan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, bagi kes kebakaran rumah di Mengkarak Stesen membabitkan lima keluarga pada Disember lalu telah mendapat perhatian daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) apabila peruntukan diluluskan bagi membina semula rumah mereka, dalam masa terdekat.

“Ia sedang diproses, dan memandangkan geran asal pemilik tuan rumah telah terbakar dalam kejadian itu, saya percaya ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bera, Datuk Wai Che Seng berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Gerakan untuk mengenal pasti golongan memerlukan supaya peruntukan itu dapat disalurkan dengan betul.

Katanya, menerusi peruntukan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka terutamanya dalam hal-hal berkaitan kebajikan.




Demikianlah Artikel [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA

Sekianlah artikel [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BERA] TOUCH POINT DEKATI MASYARAKAT CINA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/bera-touch-point-dekati-masyarakat-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :