Judul : BANJIR DI PANTAI TIMUR
link : BANJIR DI PANTAI TIMUR
BANJIR DI PANTAI TIMUR
Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 12,400 orang
KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 12,400 orang daripada 4,211 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 11,245 orang daripada 3,696 keluarga petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, sebanyak 62 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir berkenaan di lapan jajahan di negeri ini.
Jumlah mangsa teramai ialah di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 8,679 orang
daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan, diikuti jajahan Tumpat dengan 1,592 orang (519 keluarga) di empat pusat pemindahan manakala seramai 719 orang (181 keluarga) di lima pusat pemindahan di Kota Bharu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata di jajahan Tanah Merah kini terdapat 299 orang (75 keluarga) ditempatkan di enam pusat pemindahan, 98 orang (23 keluarga) di tiga pusat pemindahan di Kuala Krai, 539 orang (152 keluarga) di tiga pusat pemindahan di
Pasir Puteh, 364 orang (102 keluarga) di enam pusat pemindahan di Machang dan 110 orang (28 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Bachok.
Zainuddin berkata jumlah mangsa banjir di jajahan Tumpat dijangka terus meningkat berikutan air dari kawasan hulu Sungai Golok sedang mengalir ke jajahan itu.
Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya pada sembilan meter namun menunjukkan trend penurunan setakat 9 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ift.tt/1lUz7IE.
Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang 10.29 meter(m) berbanding 10.31m petang tadi.
Sungai Kelantan dengan bacaan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 15.92m berbanding 16.43m petang tadi (paras bahaya 16m) manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai mencatatkan penurunan pada paras 20.81m berbanding 21.29m petang tadi (paras bahaya 25m).
Paras air Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula susut kepada 27.42m berbanding 27.87m petang tadi (paras bahaya 35m). - Bernama
Demikianlah Artikel BANJIR DI PANTAI TIMUR
Sekianlah artikel BANJIR DI PANTAI TIMUR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANJIR DI PANTAI TIMUR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/banjir-di-pantai-timur.html