Judul : Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara?
link : Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara?
Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara?
Gambar isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor memegang cawan minuman yang dikatakan sedang bercuti di luar negara menjadi viral di media sosial. Ianya seolah-olah menjadi satu kesalahan yang besar bagi seorang isteri Perdana Menteri untuk bercuti di luar negara. Isu ini turut dimainkan oleh Ahli Parlimen PAN Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, semalam yang mempertikaikan percutian keluarga Perdana Menteri. Baca di sini.
Pertama, berdasarkan Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, secara terang menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan (Kabinet) dan Ahli Parlimen. Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan / kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat Parlimen, bercuti dalam dan luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.
Kedua, bagi anggota Kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung oleh Kerajaan. Menteri pergi bercuti atau tidak, mereka boleh menuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti.
Ketiga, sekiranya Timbalan Menteri mendapat kemudahan bercuti, apatah lagi kalau melibatkan Perdana Menteri dan Timbalannya. Mereka memiliki kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat rasmi Kerajaan. Ianya bertujuan bagi melindungi keselamatan Perdana Menteri dan keluarganya semasa bercuti. Sama ada Perdana Menteri bercuti ataupun tidak, beliau tetap seorang pemimpin Malaysia yang layak mendapat kemudahan dan perlindungan keselamatan.
Demikianlah Artikel Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara?
Sekianlah artikel Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/apa-salahnya-perdana-menteri-dan.html