3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri

3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri
link : 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri

Baca juga


3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri

LABIS- Sesuai dengan langkah Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan Kelas Abad Ke-21 yang banyak membantu dalam memperkasakan dan mentransformasikan mutu penyampaian pembelajaran di setiap sekolah yang mewujudkan kelas berkenaan Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong kemukan tiga cadangan untuk bela nasib guru.

Cadangan beliau ialah:

1. Pastikan sambungan internet di semua sekolah dipertingkatkan bagi memudahkan pelaksanaan tugas pendidikan yang berkaitan sistem secara atas talian.

2. 'Server' sedia ada perlu dinaiktaraf kerana melibatkan akses dari seluruh negara seperti penghantaran markah dan sebagainya, yang memerlukan penghantaran data dalam tempoh masa tertentu.

3. Wujudkan akta atau undang-undang melindungi kebajikan dan keselamatan guru sama ada di dalam dan di luar kelas berikutan profesion ini terdedah kepada salah faham pihak lain.

Kata beliau, Kelas Abad Ke-21 pendekatan terbaik kementerian untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, kreatif dan berinovasi kepada pelajar mengikut peredaran masa ketika ini.

“Bagi saya, sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana kelas seperti Kelas Abad Ke-21 ini amat penting bagi memastikan pelajar dan pengajar dapat berkomunikasi dalam suasana dua hala yang selesa.

“Kerjasama semua pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga penting dalam melakar setiap kejayaan dan prestasi yang memberangsangkan bagi sesebuah sekolah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kelas Abad Ke-21, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bali, kelmarin.

Bagaimanapun kata beliau, kementerian juga perlu memberi perhatian kepada cadangannya itu bagi membela nasib guru.

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri

Sekianlah artikel 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 perkara untuk bela nasib guru - Timbalan Menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/3-perkara-untuk-bela-nasib-guru.html

Subscribe to receive free email updates: