WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM

WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM
link : WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM

Baca juga


WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM


Serangan bom


Rakyat Malaysia khususnya diingatkan supaya lebih berwaspada ketika mengunjungi negara-negara mahu pun sempadan yang dilihat sering menjadi insiden letupan bom terutama menjelang musim perayaan.

Penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, ada beberapa faktor yang memungkinkan kejadian sebegini sering berulang.

Menurutnya, pertama, individu mahupun kumpulan yang bertanggungjawab ini dilihat cuba hendak memusnahkan ekonomi negara.

"Misalnya kejadian-kejadian yang berlaku di Golok dan Yala, Thailand. Bila berlaku letupan hingga memusnahkan dan menyebabkan kematian, pengunjung atau pelancong pasti akan berfikir untuk ke negara berkenaan.

"Keduanya, berkemungkinan mereka ini hendak menunjukkan bahawa mereka masih wujud," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, secara tidak langsung dapat digambarkan kawasan pengeboman itu bergolak dengan situasi yang tidak aman.

Katanya, berdasarkan laporan-laporan yang disiarkan, kebanyakan kes-kes letupan ini berlaku lingkungan jam 7 petang hingga 8 malam.

"Ya...walaupun dilihat pengawalan daripada pihak berkuasa di sana ketat, tapi insiden ini masih tetap berlaku. Individu yang bertanggungjawab meletupkan kawasan-kawasan ini menyasarkan tumpuan ramai seperti pusat hiburan mahu pun restoran-restoran apatah lagi musim perayaan (Hari Krismas) yang sudah semestinya lambakan pelancong datang.

"Modus operandinya agak licik, meletupkan menggunakan motosikal. Pastinya tiada siapa menyangka bahawa terdapat bom pada motosikal kononnya diparkir di sesuatu tempat," katanya.

Mengulas tentang tahap keselamatan negara menjelang Hari Natal nanti, beliau menyambut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan sensitif dan tumpuan awam.

"Keselamatan negara kita dilihat lebih baik berbanding beberapa negara lain. Jika dilihat, orang ramai masih boleh keluar malam tanpa ancaman-ancaman dan sebagainya.

"Bagaimanapun, sekali pun kita tidak boleh pandang remeh isu-isu berkaitan keselamatan, kita perlu tunjukkan dengan strategi dan usaha dalam tangani supaya rakyat Malaysia khususnya yakin dengan tahap keselamatan negara," katanya.




Demikianlah Artikel WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM

Sekianlah artikel WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WASPADA NEGARA 'TUMPUAN' SERANGAN BOM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/waspada-negara-tumpuan-serangan-bom.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :