Judul : Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus
link : Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus
Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus
Timbalan Presiden PKR dan juga Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali hari ini bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan berkata program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) suatu bentuk sogokan.
Mungkin Azmin Ali terlupa Kerajaan Selangor juga banyak berjanji untuk memberikan bantuan kepada Rakyat Selangor, tetapi kebanyakan bantuan yang dijanjikan masih belum ditunaikan. Adakah bentuk bantuan yang dijanjikan kepada Rakyat Selangor ini juga merupakan satu bentuk rasuah? Ini adalah beberapa contoh bantuan yang dijanjikan, dan sebahagian daripadanya masih janji tinggal janji.
- Hadiah RM1,000 kepada anak Selangor yang diterima ke Institut Pengajian Tinggi.
- Bantuan atau biasiswa kepada anak-anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
- Tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
- Kurangkan beban Ibu Bapa yang menghantar anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan subsidi sebanyak RM50 ke RM100 seorang.
- Elaun khas RM150 ke RM250 untuk wanita tanpa kerja tetap yang jadi surirumah bagi jaga anak bawah 12 tahun.
Bagi Rakyat Selangor CTS nak tanya, anda semua merasakah apa yang dijanjikan oleh Pakatan Selangor ini sejak dijanjikan 2008? Kalau anda pernah merasa atau tidak, adakah anda berpendapat bentuk bantuan yang dijanjikan ini bukan rasuah kalau Azmin Ali kata BR1M itu satu sogokan atau rasuah?
Sementara itu, Ketua Pembangkang, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BR1M disifatkan sebagai rasuah. Menurutnya, apa sahaja yang diberikan Kerajaan perlu disalurkan kepada Rakyat, itu bukan rasuah. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya. Baca di sini.
Manakala Presiden Parti Cap Bunga Raya pula langsung tidak bersuara mengenai BR1M. Bersetuju tidak, membangkang tidak. Mungkin beliau terkenangkan kenyataan beliau dahulu seperti di bawah atau mngkin beliau sibuk dengan urusan peribagee, maaf ... peribadi kot?
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/tun-dr-mahathir-kata-br1m-rasuah.html