Judul : Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak
link : Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak
Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak
Hari ini, Tun Dr Mahathir telah membuat posting terbaru di blog beliau, chedet.cc yang bertajuk Associating With Thief, baca di sini. Artikel yang mempunyai 13 para ini secara langsung menyerang parti komponen Barisan Nasional, MCA.
Terdapat beberapa pembohongan dan fitnah di dalam posting Pengerusi Parti Cap Bunga Raya kali ini.
Pertama, Tun Dr Mahathir menuduh DS Mohd Najib Razak mencuri berbilion ringgit. Sehingga ke hari ini tidak ada satu buktipun yang beliau keluarkan. Kedua, saya minta sangat Tun berikan data atau pautan yang menyatakan Malaysia adalah antara negara sepuluh yang paling korup di dunia. Pembohongan Tun ternyata terserlah apabila mengikut Indeks Persepsi Rasuah Tranperansi Antarabangsa, Malaysia disenaraikan dalam 3 teratas dari segi kurang aktiviti rasuah.
Sekali lagi Tun berbohong dan membuat fitnah. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak pernah melaporkan bahawa Perdana Menteri mencuri sebarang dana atau wang. Sila berikan bukti. Malah, seperti berpuluh-puluh individu yang tidak dinamakan dalam saman DOJ itu, MO1 bukan pihak yang terlibat atau disaman sivil oleh DOJ. Get your fact right old man.
Kita faham Tun ingin menjilat rakan sekutunya yang baru iaitu DAP. Apa sahaja yang DAP lakukan adalah wangi bagi Tun, tetapi kenyataan bahawa MCA tidak menyokong atau membantah perkara I. sehingga IV. di atas adalah pembohongan terbesar Tun. Kalau betul sekalipun tuduhan berkenaan, adalah bodoh dan baghal bagi seorang Perdana Menteri menjalinkan kerjasama dengan MCA selama 22 tahun!
Ini adalah satu pembohongan dari Tun. Tapi saya maafkan kerana mungkin beliau tertidur di atas faktor usia. Lim Guan Eng telah menggunakan bahasa Mandarin di tengah-tengah ucapan pengulungan beliau. Video di bawah sebagai bukti. Sila tonton dan dengar pada minit 7 dan 16 saat. Adakah ini bunyi seperti Bahasa Kebangsaan kepada anda?
Puas saya mencari kenyataan MCA seperti di atas sama ada dalam bentuk pelaporan berita mahupun video di Youtube. Minta Tun berikan pautan sekiranya Tun bukan seorang pembohong untuk membodek DAP.
Apabila Tun menarik balik sokongan kepada DS Najib pada Ogos 2014, ianya langsung tidak ada kaitan dengan 1MDB. Malah, Tun telah menyatakan sebab utama beliau menarik balik sokongan adalah kerana DS Najib telah memansuhkan ISA. Tambahan lagi, umum mengetahui pertama kali Tun menyerang UMNO adalah pada bulan Oktober 2013 apabila anaknya kalah dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden UMNO. Melayu mudah lupa kan Tun?
Shame on you Tun Dr Mahathir. Tua-tua lagi mahu bohong.
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/tun-dr-mahathir-berbohong-apabila.html