Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin

Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin
link : Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin

Baca juga


Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin

 | December 30, 2016
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi tempoh 9 bulan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan penggunaan produk biodegradasi mulai 1 September 2017.
Datuk-Dr-Loga-Bala-Mohan
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar larangan menggunakan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 September 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) yang berkuat kuasa mulai Ahad ini.
Beliau berkata, kementerian memberi tempoh 9 bulan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100% penggunaan bahan tersebut.

“Dalam tempoh itu, kita menyasarkan Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik. Saya menggalakkan rakyat berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah,” katanya pada sidang media sempena penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi hari ini.

Katanya, kementerian sudah memaklumkan persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu, selain mendapat kerjasama pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna.
“Kebiasaannya, bahan biodegradasi ini mahal…hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka setuju menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga setanding harga polisterin dan plastik,” katanya.

Loga Bala berkata, tindakan proaktif kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

Pelancaran penggunaan bahan boleh urai itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 3 Jun lalu.
Mengulas pelaksanaan undang-undang itu, rakan kongsi Restoran Chat Masala Brickfields dan Klang, N Palaniappan berkata, restoran itu sedang menggantikan bekas polisterin kepada bekas makanan biodegradasi secara berperingkat.

“Kami faham keburukan bekas polisterin itu…jadi kami guna pendekatan gantikan ia dengan bekas mesra alam bagi pengguna.
“Biarpun harga bekas itu lebih mahal berbanding bekas polisterin, kami tak kisah laksanakannya…harga makanan yang dijual akan tetap sama, margin keuntungan mungkin kurang tetapi kami tidak akan rugi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, restoran itu pernah menerima notis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi.
Sementara itu, peniaga pasar malam di Pantai Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Kadir berkata, larangan penggunaan plastik di pasar malam sukar dikawal memandangkan pengguna lebih “mesra plastik”.

“Mungkin mereka perlu membawa beg kertas atau beg kain sendiri ketika ke pasar malam, pelaksanaan sepenuhnya tetap akan mengambil masa panjang,” katanya.


Demikianlah Artikel Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin

Sekianlah artikel Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan menteri: Denda RM2,000 jika guna plastik, bekas polisterin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/timbalan-menteri-denda-rm2000-jika-guna.html

Subscribe to receive free email updates: