Judul : Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh
link : Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh
Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter di Banda Acheh, Indonesia hari ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, seramai 428 penuntut di Banda Acheh dilaporkan dalam keadaan selamat.
Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Republik Indonesia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Aceh: Sekurang-kurangnya 20 terkorban]
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan juga boleh dihubungi di talian +62614531342/4535271/4523992 atau e-mel kepada mwmedan@kln.gov.my.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874530 atau 03-8874570 (selepas waktu bekerja).
Menurut Wisma Putra pihaknya menerima laporan bahawa seramai 25 orang terkorban dan 26 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi awal pagi itu. - Bernama
Demikianlah Artikel Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh
Sekianlah artikel Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/tiada-rakyat-malaysia-terbabit-gempa.html