Judul : SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI
link : SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI
SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI
'Belum wujud kesungguhan serah kerusi'
Suhaimee Sahar
KOTA BHARU - Belum wujud lagi kesungguhan dan keyakinan dalam kalangan parti politik pembangkang untuk menyerahkan mahupun berkongsi kerusi, kerana mereka berdepan risiko kemungkinan kalah.
Pemerhati politik, Suhaimee Sahar berkata, bagi menewaskan BN di sesebuah kawasan mengundi, strategi pemilihan calon dan parti yang layak perlu diambil kira.
“Wajah-wajah baru atau wajah sedia ada belum tentu boleh beri kemenangan kerana selama yang kita lihat sebelum ini, kehadiran khalayak ke ceramah-ceramah diadakan parti pembangkang adalah berdasarkan isu dibangkitkan.
“Tiada jaminan boleh diberikan melalui kehadiran khalayak yang besar dalam setiap ceramah yang diadakan, kerana ia belum boleh menjadi kayu ukur utama bagi menilai darjah sokongan dan tingkah laku pengundi,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kesediaan PKR untuk berunding bagi memberi laluan kepada Bersatu dalam pembahagian kerusi pada PRU14.
Menurutnya, tidak keterlaluan jika dikatakan penjanaan kuasa politik melalui permuafakatan di antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bagi membentuk permuafakatan politik memerlukan kesungguhan yang tinggi.
Namun, beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mempersoalkan, adakah pemimpin-pemimpin ini sanggup berkongsi dan berkorban kerusi yang sudah lama didominasi demi membuka peluang dan ruang kepada parti yang baru ditubuhkan.
“Ia dilakukan demi menggambarkan bahawa wujudnya satu sentimen baru dalam politik tanah air. Adakah rancangan itu berkesan atau hanya untuk menipu rakyat bahawa mereka sebenarnya sepakat?,” katanya.
Demikianlah Artikel SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI
Sekianlah artikel SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SERAH KERUSI AKAN BERDEPAN DENGAN KRISIS TERUK DALAM PARTI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/serah-kerusi-akan-berdepan-dengan.html