PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER

PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER
link : PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER

Baca juga


PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER


BR1M


Putrajaya – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember ini, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun depan, kata kementerian itu.

“Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian.

“Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi,” kata kementerian itu.

Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di http://ift.tt/PIAy0l atau www.treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan berkata pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan.

Kementerian itu berkata permohonan juga boleh dibuat di portal rasmi BR1M LHDNM http://ift.tt/PIAy0l.

“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod.

“Aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata penerima BR1M 2016 sedia ada juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini.

“Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.




Demikianlah Artikel PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER

Sekianlah artikel PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERMOHONAN BR1M 2017 DIBUKA 5-31 DISEMBER dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/permohonan-br1m-2017-dibuka-5-31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :