Judul : Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman
link : Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman
Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman
14/12/16
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan Liwat II akan mengkaji alasan penghakiman yang disampaikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam permohonan semakan hari ini, kata salah seorang daripada mereka, N Surendran.
"Kami akan kaji dan berunding dengan pelanggan kami (untuk tindakan seterusnya)," kata Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai.
Ditanya sama ada mereka akan menimbangkan untuk memfailkan pengampunan, beliau berkata terdapat permohonan yang didengar oleh Mahkamah Rayuan pada bulan depan.
Ia adalah permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Anwar dan keluarganya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak beliau daripada mendapat pengampunan, menyebabkan Anwar kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Julai menolak permohonan untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa bapanya tidak bersalah dan pertuduhan itu bermotifkan politik.
Salah seorang pendakwa raya dalam permohonan semakan Anwar hari ini berkata bekas ketua pembangkang itu telah habis segala peluang yang ada untuk mencabar sabitan dan hukuman terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diumumkan.
"Beliau telah habis semua saluran undang-undang. Setakat yang mahkamah tahu, Anwar telah kehabisan cara, melainkan jika dia diberi pengampunan diraja," kata Tengku Amir Zaki.
Malaysiakini
Demikianlah Artikel Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman
Sekianlah artikel Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam Anwar akan teliti alasan penghakiman dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/peguam-anwar-akan-teliti-alasan.html