Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar

Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar
link : Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar

Baca juga


Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar


PENINDASAN, penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya, terutama yang tinggal di Rakhine di barat Myanmar, kini bukan lagi masalah dalaman negara itu, sebaliknya ia menjadi isu antarabangsa.
Sebab itu, Malaysia tanpa mempedulikan amaran rejim Naypyidaw supaya tidak campur tangan dalam masalah dalamannya, berani berdiri bersama negara lain, mengecam dan membantah kekejaman dan penghapusan etnik muslim Rohingya didalangi sami Buddha.
Namun, Pedang berpendapat kita tidak boleh hanya setakat mengadakan tunjuk perasaan sahaja – walaupun itu juga adalah antara usaha yang patut dilakukan, selain berdoa dan berserah kepada Allah – sebaliknya tindakan lebih drastik patut diambil.
Membantah dan membuat kenyataan mengecam sahaja tidak mencukupi. Sedang etnik Muslim Rohingya terus dibantai, kita pula hanya ‘berseronok’ dengan berarak di jalan raya dan berkumpul membawa sepanduk.
Pemimpin negara yang mempunyai kuasa bertindak lebih drastik pun hanya turut serta menunjuk perasaan dan memberi ucapan berdegar-degar. Hanya setakat itu sahaja?
Pedang setuju dengan cadangan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muzaffar Syah Mallow.
Menzahirkan simpati kita terhadap nasib yang menimpa etnik Rohingya, beliau mencadangkan kerajaan menggantung hubungan diplomatik dengan Myanmar serta memanggil pulang duta besar negara, sebagai menunjukkan bantahan dan memberi tekanan kepada rejim negara itu.
Malah, lebih tegas, beliau mencadangkan Malaysia memutuskan terus hubungan diplomatik dengan Myanmar jika negara itu gagal menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya yang dikategorikan sebagai orang paling dianiaya di dunia.
Cadangan Dr Muzaffar itu adalah langkah yang patut dipertimbang. Lagipun, kita tidak banyak bergantung kepada Myanmar, warga negara itu yang ramai mencari makan di Malaysia.

Berdasarkan laporan antarabangsa, kerajaan Myanmar dan pejuang hak asasi manusia negara itu yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan dan kini menjadi Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi, tidak melakukan apa-apa bagi menghentikan kekejaman itu.
Pedang juga mahu mencadangkan mana-mana pihak di Malaysia memfailkan permohonan rasmi bagi membolehkan Suu Kyi atau mana-mana pemimpin Myanmar ditangkap, jika datang ke negara ini keranamelakukan jenayah kemanusiaan melakukan pembunuhan dahsyat.
Kita adalah sebuah negara yang menandatangani Statut Rom, yang secara rasmi ditubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Ia bermaksud bahawa pihak berkuasa Malaysia boleh menangkap sesiapa sahaja yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang atau jenayah pencerobohan.
Contohnya, sebagaimana dilakukan sekumpulan peguam di Afrika Selatan yang memfailkan permohonan rasmi bagi membolehkan Presiden Mesir, Abdel Fattah As-Sisi ditangkap sebaik tiba di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-25, Jun lalu.
Tindakan itu menyebabkan As-Sisi membatalkan kehadirannya di persidangan itu.
Selain itu, Dr Muzaffar mencadangkan Malaysia mengetuai usaha peringkat antarabangsa menubuhkan sebuah tribunal atau mahkamah khas pada peringkat antarabangsa menyiasat segala bentuk penindasan dan kezaliman yang menimpa etnik minoriti di Myanmar.
Kata Pedang: Ambil tindakan drastik halau duta Myanmar dari Malaysia.
-ismaweb


Demikianlah Artikel Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar

Sekianlah artikel Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Panggil duta kita pulang, halau duta Myanmar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/panggil-duta-kita-pulang-halau-duta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :