Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri

Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri
link : Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri

Baca juga


Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri

 FMT| December 10, 2016
Tindakan Yangon tidak memberi impak khususnya kepada sektor pengeluaran domestik negara kerana Myanmar bukan sumber utama bekalan tenaga kerja asing.
hamzah-myammar
BAGAN SERAI: Malaysia tidak akan terjejas sekiranya kerajaan Myanmar menyekat rakyatnya datang bekerja di negera ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata tindakan Yangon itu tidak memberi impak khususnya kepada sektor pengeluaran domestik negara memandangkan Myanmar bukan sumber utama bekalan tenaga kerja asing.

“Sumber utama tenaga pekerja bagi Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia dan Kemboja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Hala Tuju Koperasi Bela Rakyat Malaysia (Kobera) di Bukit Merah Laketown Resort di sini hari ini.

Pada Isnin, Kementerian Imigresen Myanmar menerusi satu kenyataan mengumumkan pemberhentian pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar yang melarang rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut meminta koperasi di negara ini memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian untuk memasarkan produk mereka bagi memperluaskan rangkaian masing-masing.

“Anggota koperasi terbabit juga perlu dilatih semula bagi membolehkan mereka menggunakan internet untuk memasarkan produk.
“Ada sesetengah koperasi tidak mempunyai satu produk pun dan mereka boleh menjalinkan perniagaan secara dalam talian bagi mencipta (memasar) produk,” katanya.

Mengenai Kobera, Hamzah berkata ketika ini terdapat 300 buah sedang beroperasi di seluruh negara sejak 2008 tetapi hanya 151 yang kekal aktif.
“Sebab itu pendapatan koperasi terbabit yang aktif hanya RM3 juta tahun ini dan ia merupakan pendapatan yang sangat kecil,” katanya.


Demikianlah Artikel Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri

Sekianlah artikel Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Negara tidak terjejas tindakan Myanmar henti hantar pekerja, kata menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/negara-tidak-terjejas-tindakan-myanmar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :