MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA

MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA
link : MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA

Baca juga


MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA

PARAH KERAJAAN PUSAT NAK CARI DUIT, JIKA SETIAP KAUM TUNTUT UNTUK SEKOLAH SETIAP KAM MAKA BAHASA KEBANGSAAN  JADI TERPINGGIR MERDEKAAAAAAA ! -  Pak Karamu
 
 
 
MCA tetap mahu RM50 juta
MCA tetap mahu RM50 juta
Foto internet
 
MCA tetap berpendirian sekolah-sekolah rendah Cina berhak mendapat peruntukan RM50 juta seperti yang dijanjikan dalam bajet tahun lalu.

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, MCA bertegas tidak mahu menerima peruntukan kurang daripada RM50 juta yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan.

Sin Woon berkata demikian kepada Nanyang Siang Pau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid  yang meminta sekolah-sekolah Cina agar menerima peruntukan apa yang ada dulu walaupun tidak sepenuhnya.

Kelmarin, Mahdzir dipetik sebagai berkata, pemotongan bajet untuk Kementerian Pendidikan menjejaskan peruntukan bagi penyelenggaraan dan pembangunan untuk sekolah-sekolah rendah Cina pada tahun ini.

“Jika ia tidak diselesaikan pada akhir bulan ini, ambil dulu mana yang ada,” kata Mahdzir.

Kata Sin Woon, pemimpin MCA telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, dan perdana menteri bersetuju menyelesaikan isu itu.

“Sekiranya peruntukan yang diterima kurang daripada RM50 juta, MCA enggan menerima dan tetap akan tuntut RM50 juta sehingga berjaya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

Sin Woon menjelaskan, tujuan utama peruntukan itu untuk digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sekolah.

Oleh itu katanya, sekiranya tanpa peruntukan tersebut, ia tetap tidak akan mengganggu operasi harian sekolah.

“Ketika pembentangan Bajet 2016 oleh perdana menteri tahun lalu, beliau telah mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada sekolah-sekolah Cina di seluruh negara, namun tidak disebut dengan jelas jumlah sebenar diperoleh oleh setiap sekolah,” katanya.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan telah meminta Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan dengan kadar segera, memandangkan Kementerian Kewangan hanya mengeluarkan peruntukan pada September lalu, namun jumlahnya masih tidak mencukupi.


Demikianlah Artikel MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA

Sekianlah artikel MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA TUNTUT RM BUAT SEKOLAH CINA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/mca-tuntut-rm-buat-sekolah-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :