Judul : MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA
link : MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA
MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA
Kuala Lumpur - Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman semalam.
Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, serangan yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 yang lain itu adalah tindakan kejam dan berharap pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.
Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Yaman serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yaman dari semasa ke semasa.
Dalam insiden itu, seorang pengebom bunuh diri dilaporkan telah meletupkan dirinya di luar sebuah kem tentera, menyebabkan 52 anggota tentera terbunuh.
Menurut laporan itu, serangan berlaku ketika anggota tentera beratur untuk mengambil gaji.
Demikianlah Artikel MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA
Sekianlah artikel MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MALAYSIA KUTUK SERANGAN RAGUT 52 NYAWA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/malaysia-kutuk-serangan-ragut-52-nyawa.html