MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000

MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000
link : MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000

Baca juga


MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000


Maahad tahfiz perlu RM250,000


Sungai Petani - Maahad Tahfiz Intan memerlukan dana sebanyak RM250,000 bagi menyiapkan kompleks baharu di Kampung Teluk, Sungai Jagung yang sedang dalam pembinaan.

Mudir, Mohd Idrus Ahmad berkata, pembinaan itu merangkumi sebuah bangunan mempunyai ruang asrama yang mampu menempatkan 30 pelajar, bilik warden, ruang pengajian, rumah mudir dan rumah guru.

Menurutnya, dalam fasa pertama, pihaknya harap kemudahan di kompleks itu dapat disiapkan bagi menempatkan pelajar baharu bagi sesi pembelajaran 2017.

“Sejak tiga tahun lalu, kita sudah menjalankan kelas pengajian di bangunan sedia ada dalam kawasan Masjid Taman Intan, yang menempatkan kira-kira 40 pelajar.

“Bagaimanapun, ruang sedia ada cukup terhad termasuk asrama, kelas pengajian, dapur dan ruang makan. Tidak mampu menampung sekiranya berlaku pertambahan pelajar,” katanya.

Tambah Mohd Idrus, idea mewujudkan cawangan baharu di kompleks itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari Masjid Taman Intan, berdasarkan hasil sumbangan empat individu pewakaf tanah.

“Alhamdulillah, kita terima hasrat pewakaf untuk menjadikan tanah ini sebagai tempat untuk membina Kompleks Maahad Tahfiz Intan cawangan kedua.

“Dengan bantuan dana orang ramai, kita sudah siapkan bahagian lantai dan bumbung. Kekemasan, tingkap, pintu, peralatan elektrik serta beberapa kemudahan lain masih belum dapat disiapkan,” katanya.

Justeru, beliau merayu agar orang ramai terus menyumbang bagi mengumpul dana untuk menyiapkan kerja pembinaan memandangkan permintaan tinggi terhadap kemasukan pelajar baharu tahun hadapan.




Demikianlah Artikel MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000

Sekianlah artikel MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAAHAD TAHFIZ PERLU RM250,000 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/maahad-tahfiz-perlu-rm250000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :