Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun

Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun
link : Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun

Baca juga


Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun

Kota Tinggi – Seorang tukang gunting rambut warga Bangladesh ditahan kerana disyaki mencabul kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Rengit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian pada Isnin kira-kira jam 3 petang ketika pengadu seorang wanita berusia 42 tahun meninggalkan mangsa di kedai berkenaan bersama dua pekerjanya warganegara Bangladesh.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang, suami pengadu telah pergi ke kedai dan mendapati mangsa berada di bilik kedai dalam keadaan berkunci bersama seorang pekerja pengadu.

“Suami pengadu terus bertanya kepada lelaki berkenaan apa yang telah dia lakukan pada mangsa namun pekerja pengadu tidak berkata apa-apa.


“Pengadu dan suami telah membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan terdapat keraguan pada fizikal kemaluan mangsa dan perlu dirujuk ke doktor pakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, ekoran itu polis telah menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 malam semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota Balai Polis Sungai Rengit berjaya menangkap suspek lelaki Bangladesh berusia 30 tahun.

“Suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan dokumen perjalanan diri.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan  pakar. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya lagi. – Sinar Harian


Demikianlah Artikel Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun

Sekianlah artikel Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 5 Tahun dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/lelaki-bangladesh-ditahan-cabul-kanak_21.html

Subscribe to receive free email updates: