KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL

KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL
link : KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL

Baca juga


KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL


Kos naik taraf 'walkway' terlalu mahal


Kuala Lumpur - Gerakan membidas kerajaan negeri Selangor kerana kos naik taraf 'walkway' atau laluan pejalan kaki sepanjang 1km di Taman Cheras Indah, dekat sini yang menelan belanja RM860,000, yang didakwa terlalu mahal.

Ketua Biro Aduan Gerakan Dun Teratai, Ben Liew Pok Boon mendakwa kos itu sebagai tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kerja naik taraf bagi jarak sepanjang 1km sahaja.

"Saya boleh mengatakan bahawa ia merupakan 'walkway' termahal di Malaysia kerana ia menggunakan RM860,000 hanya untuk kerja-kerja naik taraf.

"Kami turut tidak pasti apa bahan-bahan binaan yang digunakan untuk kerja-kerja naik taraf itu kerana berdasarkan pemerhatian kontraktor, ia hanya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Liew turut mempersoalkan kerja naik taraf laluan pejalan kaki itu yang didakwa tidak siap sepenuhnya kerana masih ada lagi lubang-lubang dan batu-batuan terbiar.

"Ada penduduk yang mendakwa warga emas dan kanak-kanak yang menggunakan 'walkway' itu jatuh terutamanya ketika musim hujan kerana keadaannya yang licin dan berlubang.

"Sepatutnya 'walkway' itu perlu dibina pagar bagi keselamatan penggunanya namun nampaknya ia belum siap sepenuhnya pun sudah dibuka untuk orang ramai," katanya.

Liew berkata, pihaknya memerlukan penjelasan lanjut mengenai kualiti dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan untuk kerja naik taraf 'walkway' itu daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Teratai daripada DAP, Tiew Way Keng.

Sementara itu, penduduk Taman Cheras Indah, Jason Hew, 54, berkata 'walkway' itu dilihat sangat bahaya kerana ia mempunyai pagar yang melindungi pejalan kaki.

"Saya berharap jika MPAJ atau wakil rakyat mahu menaik taraf jalan ataupun fasiliti awam, ia perlu dilakukan secara teliti dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai, bukannya seperti 'melepaskan batok di tangga'," katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ho Lee Hien menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM860,000 itu meliputi kerja-kerja menaik taraf jalan di sekitar Taman Cheras Indah.

"Ia bukanlah hanya tertumpu kepada 'walkway' sahaja seperti yang didakwa oleh Liew itu, perbelanjaan itu turut termasuk kerja-kerja penurapan jalan-jalan di sekitar kawasan itu," katanya.




Demikianlah Artikel KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL

Sekianlah artikel KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOS NAIK TARAF 'WALKWAY' TERLALU MAHAL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/kos-naik-taraf-walkway-terlalu-mahal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :