KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING

KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING
link : KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING

Baca juga


KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING


Nur Jazlan


Johor Bahru - Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.

"Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pencarian Ikon Muslimah Johor 2016 di sini semalam.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).

Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Nur Jazlan berkata, biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.

Malah, semalam, tambahnya, beliau menghadiri satu forum bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan di Kuala Lumpur bagi membincangkan cara-cara terbaik untuk mengawal selia dana yang diterima daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Berhubung dakwaan kononnya terdapat NGO ditindas oleh polis dalam soal melakukan penyiasatan itu, Nur Jazlan berkata isu itu tidak timbul sama sekali.

"Kalau ada penindasan, kita siasat semua mereka tetapi ini kita hanya siasat NGO yang menerima dana tersebut dan menggunakannya untuk aktiviti selain daripada yang termaktub dalam perlembagaan mereka," katanya

Berhubung gesaan supaya kerajaan menutup pusat-pusat pemulihan dadah berikutan kadar penahanan penagih berulang masih tinggi, beliau berkata desakan itu tidak adil.

Ini memandangkan kebanyakan penagih yang dirawat di situ merupakan mereka yang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi berbanding penagih yang mendapatkan rawatan di pusat-pusat sukarela.

"Apabila ketagihan berbeza, bermakna kaedah untuk merawatnya juga berlainan," katanya.




Demikianlah Artikel KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING

Sekianlah artikel KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KIRA-KIRA 20 NGO DISIASAT TERIMA DANA ASING dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/kira-kira-20-ngo-disiasat-terima-dana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :