Judul : Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan?
link : Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan?
Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan?
Agak pelik apabila keputusan mesyuarat hari ini yang diadakan di antara Pakatan Harapan dan Parti Cap Bunga Raya hanya memeterai kerjasama. Kenapakah Parti Cap Bunga Raya tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan? Parti ini tidak yakinkah gabungan ini akan pergi jauh atau Pakatan Harapan sendiri tidak yakin dengan parti Mantan Perdana Menteri 22 tahun?
Ketika ditanya mengapa Parti Cap Bunga Raya tidak terus menyertai Pakatan Harapan sebagai salah sebuah parti di bawah gabungan pembangkang, jelas Dr Wan Azizah, perjanjian itu adalah langkah permulaan. Kata Dr Wan Azizah dalam sidang media,
"Ini adalah permulaan untuk kita bekerjasama. Kami telah mula bekerjasama dan gabungan itu hanya satu 'formaliti'. Buat masa ini, inilah perjanjian yang persetujui iaitu kerjasama. Ini adalah satu perjanjian bahawa kita akan bekerjasama, jadi kita kena pastikan menang pilihan raya dahulu."
Mereka hanya kerjasama untuk menang pilihan raya sahaja. Bagaimana sekiranya kalah? Kalau menang pula bagaimana?
Demikianlah Artikel Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan?
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/kenapa-hanya-kerjasama-kenapa-parti-cap.html