Judul : Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu
link : Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu
Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu
10/12/16
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu meminta mereka yang merancang untuk membunuh diri supaya tidak berputus asa, sebaliknya menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada negara.
"Kita tidak mahu insiden 26 Oktober di Jambatan Pulau Pinang berulang kembali akibat tekanan kos kehidupan," katanya.
Beliau merujuk insiden seorang lelaki melompat dari Jambatan Pulau Pinang selepas menulis di Facebook bahawa dia berbuat demikian kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi.
"Dan andainya ada yang merancang untuk melakukan sedemikian, jangan putus asa.
"Bersama kami untuk melakukan perubahan dan tumbangkan kerajaan yang bolot, boros dan rakus ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen AMANAH hari ini.
Beliau berkata, sikap tidak peduli kerajaan Umno BN terhadap generasi muda hari ini dapat dilihat melalui Belanjawan 2017 apabila kerajaan sengaja menggalakkan rakyat berbelanja dengan berhutang'.
Malaysiakini
Demikianlah Artikel Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu
Sekianlah artikel Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/jangan-putus-asa-sertai-amanah-kata-mat.html