Jangan hanya pandang '"A"

Jangan hanya pandang '"A" - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan hanya pandang '"A", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan hanya pandang '"A"
link : Jangan hanya pandang '"A"

Baca juga


Jangan hanya pandang '"A"

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kementerian Pendidikan bercadang mengubah format muka hadapan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun hadapan untuk merangkumi keputusan komponen psikometrik, kokurikulum dan sukan selain akademik.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar), perubahan format slip tersebut dilihat perlu kerana sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak mengukur pencapaian pelajar dari segi akademik sahaja tetapi secara menyeluruh.

Beliau memberitahu, dise­babkan muka hadapan slip ke­putusan peperiksaan itu hanya memaparkan keputusan mata pelajaran akademik, ramai ibu bapa terlepas pandang terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam komponen-komponen lain kerana terletak dalam muka belakang.

“Ini masalah dalam ma­syarakat kita, sebab dari dulu lagi, telah mejadi satu budaya merentasi semua kaum, kalau boleh kita nak dapat A, jadi kalau tanya hari ini pun, soalannya, ‘Anak kamu dapat berapa A?’.

“Jadi kita buat sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sebenarnya mengukur aka­demik, psikometrik, kokurikulum dan sukan. Saya sudah cadangkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran supaya keputusan nanti bila keluar laporan itu adalah penuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Kerjasama di bawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan menjadikan Pusat Data Kementerian Pendidikan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sebagai Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC).

Menurut Mahdzir, pihaknya bercadang melakukan pelan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk melihat pencapaian anak-anak mereka secara holistik dan tidak hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan akademik sahaja.

Ditanya pemberita mengenai kebimbangan terdapatnya sikap berat sebelah guru dalam membuat penilaian untuk sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Mahdzir berkata: “Mana-mana bentuk penilaian pun ada macam-macam persepsi, biarlah kita adil terhadap guru”.

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Jangan hanya pandang '"A"

Sekianlah artikel Jangan hanya pandang '"A" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan hanya pandang '"A" dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/jangan-hanya-pandang-a.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :