Judul : Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi
link : Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi
Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi
BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia, yang menghubungkan kawasan pergunungan dua wilayah di barat daya China, kini dibuka kepada umum.
Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou berkata dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi, jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter di atas sungai dan menghubungkan dua gunung di wilayah Yunnan dan Guizhou.
Pembinaan jambatan itu dikatakan mampu mengurangkan kira-kira tiga suku daripada waktu perjalanan.
Agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang pengguna dikenali sebagai Duan, memberitahu perjalanannya yang biasanya memakan waktu selama empat jam kini hanya menjadi satu jam.
"Ia memudahkan semua orang yang bercadang untuk melakukan perjalanan ke dua tempat ini," katanya.
Menurut laporan akhbar harian Guizhou, jambatan sepanjang 1,341 meter itu menelan belanja 1 bilion yuan (RM645.98 juta).
Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, jabatan pengangkutan berkata, jambatan terbabit mengatasi Jambatan Sungai Du di Hubei, tengah China untuk menjadikan ia jambatan paling tinggi di dunia. - AFP
Demikianlah Artikel Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi
Sekianlah artikel Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jambatan tertinggi di dunia mula beroperasi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/jambatan-tertinggi-di-dunia-mula.html