JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL

JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL
link : JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL

Baca juga


JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL


Jakim perjelas isu coklat Kit Kat ada alkohol


Shah Alam - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, menyatakan dalam hal ini, Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

"Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat," jelas kenyataan Jakim, hari ini.

Oleh itu, pihak Jakim menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu sebarang sebaran cerita sebelum menyebarkan kepada orang awam.

"Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut," jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim dalam melakukan pembelian produk luar negara.

Jelas pihak Jakim, sehingga kini, Jakim telah mengiktiraf 56 badan dan logo halal luar negara.

"Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, viral di media sosial bahawa coklat Kit Kat Nestle di dakwa mengandungi alkohol dan telah dipasarkan di Malaysia.




Demikianlah Artikel JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL

Sekianlah artikel JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAKIM PERJELAS ISU COKLAT KIT KAT ADA ALKOHOL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/jakim-perjelas-isu-coklat-kit-kat-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :