Judul : HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT
link : HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT
HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT
Pihak hotel diminta untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa agama ketika pemeriksaan dalam bilik hotel dilakukan untuk mengesan pasangan Islam yang disyaki berkhalwat.
Menurut Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee, walaupun begitu, hotel tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi tetamu termasuk nombor bilik.
Ini kerana hotel terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bertujuan untuk melindungi maklumat tetamu.
Cuma, mereka perlu memahami tugas pihak berkuasa agama dengan tidak boleh menghalang pegawai agama daripada menjalankan tugas.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kematian seorang anggota polis selepas terjatuh dari kondominiumm ketika cuba melarikan diri dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.
Tindakan pegawai agama menyerbu disifatkan oleh sesetengah orang sebagai melanggar hak privasi individu.
Menurut Cheah, pegawai hotel akan mengiringi pegawai agama ke bilik mana yang mereka hendak serbu selain dikawal pengawal keselamatan.
“Pihak berkuasa agama kemudian akan mengetuk pintu dan minta untuk masuk dan biasanya tetamu akan patuh arahan itu. Hotel tidak dibenarkan membuka pintu bilik berkenaan untuk pihak berkuasa tetamu,” katanya dipetik Free Malaysia Today.
Demikianlah Artikel HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT
Sekianlah artikel HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HOTEL DITUNTUT KERJASAMA SERBU PASANGAN KHALWAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/hotel-dituntut-kerjasama-serbu-pasangan.html