Judul : Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG
link : Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG
Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG
SAYA bagi pihak semua tenaga pengajar di semua Kolej Mara ingin membuat aduan berhubung perasaan bimbang kami mengenai nasib kami di kolej berkenaan. Kami dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2017, apabila kembali ke kolej, kami akan dipindahkan daripada gred DG ke DH atas dasar peningkatan gred daripada guru kepada pensyarah.
Di bawah gred baharu ini, kami tidak lagi akan diberikan cuti persekolahan seperti biasa tetapi hanya cuti tahunan selama 20 hingga 30 hari sahaja. Susulan itu, kami dimaklumkan bahawa satu pekeliling khas akan dikeluarkan bagi menguatkuasakan perubahan gred dan cuti.
Di sini kami ingin mengadu dan menyampaikan rayuan kepada Pengarah Bahagian Sumber Manusia Mara dan Bahagian Pendidikan Tinggi Mara bahawa kami tidak bersetuju dengan rancangan berkenaan atas alasan-alasan berikut:
* Jumlah cuti yang kami terima akan menjadi semakin kurang daripada sepatutnya dan tidak lagi mengikut cuti semester atau penggal pengajian.
* Antara sebab kami memohon jawatan sebagai guru Mara adalah kerana kelebihan skim guru dan time-based. Adalah tidak adil jika kami dipindahkan dari segi gred dan pengurusan cuti tanpa merujuk amalan serta pekeliling dalam Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau sekurang-kurangnya terlebih dahulu berbincang dengan pihak kami.
* Kolej-kolej ini masih lagi mengikut sistem persekolahan, sama ada matrikulasi, A-Levels atau International Baccalaureate (IB). Kami perlu sentiasa berada di kolej semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dan tidak sesuai untuk mengambil cuti sesuka hati.
* Sistem ini juga belum dikaji dengan teliti dan akan menyekat mobiliti guru. Apabila berlaku lebihan guru, sebahagian kami memang perlu dipindahkan. Bila dipindahkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), bukankah kami mesti mengikut cuti guru-guru lain daripada kumpulan DG?
* Juga kebiasaannya apabila timbul kekurangan guru, guru-guru dari MRSM akan ditarik. Jika guru-guru dari MRSM hendak dipindahkan ke Kolej Mara, perlukah mereka bertukar ke gred DH daripada gred DG?
Kami berpendapat usaha dan tindakan untuk memindahkan kami ke Gred DH ini dibuat tanpa kajian terperinci dan terburu-buru. Langkah itu juga sepatutnya tidak dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan daripada kami sebagaimana kami diberikan opsyen ketika berpindah daripada Skim Saraan Baru (SSB) ke Skim Saraan Malaysia (SSM) dahulu.
Kami memohon agar setiap pandangan dan rayuan yang dikemukakan ini dinilai semula dan mendapat pencerahan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
GURU KECEWA
Kolej Mara

Demikianlah Artikel Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG
Sekianlah artikel Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru Mara rayu mahu kekal dalam gred DG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/guru-mara-rayu-mahu-kekal-dalam-gred-dg.html