Judul : DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE
link : DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE
DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE
Golongan wanita warga emas di Kenya dikatakan perlu menguasai ilmu pertahanan diri seperti karate.
Ini kerana mereka berdepan dengan ancaman rogol yang semakin meningkat dan berleluasa setiap hari.
Memetik laporan AJ+, wanita emas menjadi sasaran perogol disebabkan mereka lebih ‘bersih’ dari sebarang gejala HIV.
Salah seorang wanita yang ditemu bual, Jane,55, memberitahu, dia pernah diserang oleh beberapa lelaki secara seksual.
Menurut Jane, dengan mudah, dia mengalahkan kesemua penyerang sebelum mereka sempat berbuat apa-apa kepadanya.
“Salah seorang daripada mereka memegang tengkuk saya. Saya lawan dan tumbangkan dia. Kemudian saya lawan seorang demi seorang,” katanya dalam temu bual bersama AJ+.
Seramai 20 ahli mengikuti kelas karate setiap hari, yang mana setiap orang daripadanya merupakan wanita warga emas.
Difahamkan, ahli paling tua menyertai kelas karate setiap hari bersama mereka berumur 85 tahun.
Demikianlah Artikel DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE
Sekianlah artikel DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DI KENYA, NENEK PERLU PANDAI KARATE dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/di-kenya-nenek-perlu-pandai-karate.html