Judul : DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010
link : DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010
DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010
Sebanyak 140 kontrak dengan nilai keseluruhan RM38 bilion, dianugerahkan kepada kontraktor dari China sejak 2010 hingga Oktober lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata daripada jumlah itu hanya tiga kontrak sahaja melibatkan kontrak kerajaan, bernilai RM885 juta, manakala bakinya melibatkan projek swasta.
"Kerajaan akan memastikan pelaksanaan projek terbabit memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor tempatan serta pengusaha industri kecil dan sederhana.
"Pada masa sama, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sedang merangka mekanisme supaya syarikat asing, termasuk dari China, yang melaksanakan projek kerajaan turut menggunakan bahan mentah tempatan seperti besi keluli," katanya pada persidangan Dewan Negara, di Kuala Lumpur hari ini.
Rosnah menjawab pertanyaan Senator Datuk Kadzim M Yahya mengenai jumlah dan nilai kontrak kerajaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dari China.
Beliau bagaimanapun berkata tidak semua projek di negara ini disyaratkan menggunakan komponen atau bahan tempatan sepenuhnya memandangkan ada bahan binaan tertentu masih perlu diimport.
- Bernama
- Bernama
Demikianlah Artikel DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010
Sekianlah artikel DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DEWAN NEGARA: 140 kontrak BERNILAI RM38 BILION dianugerahkan kepada kontraktor China sejak 2010 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/dewan-negara-140-kontrak-bernilai-rm38.html