Judul : DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ?
link : DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ?
DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ?
Soal kerjasama masih lagi dalam perbincangan
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan kerjasama antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum dapat diputuskan lagi kerana masih dalam perbincangan.
Beliau berkata, Pas tetap dengan pendirian terbuka dengan mana-mana pihak dalam menjalin kerjasama menghadapi PRU, asalkan menghormati ti kerusi partinya.
“Yang itu (Soal kerjasama dengan Bersatu , kita akan bincang. Seperti yang dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang sebelum ini, Pas memang sedia berbincang dengan mana-mana parti.
"Asalkan jangan masuk rumah kami, bawa lari kerusi sudahlah,” katanya dengan nada seloroh pada sidang media selepas pertemuan Gagasan Sejahtera dengan Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Parti Politik (JKNMPP) di Institut Integriti Malaysia, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Gagasan Sejahtera yang disertai Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyerahkan memorandum kepada Pengerusi JKNMPP yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
Pada pertemuan itu, dua perkara dibincangkan menyentuh aspek politik wang dan kawalan terhadap dana parti politik.
Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji 32 syor JKNMPP itu dan telah mengemukakan maklum balas.
“Tahniah kepada Institut Integriti Malaysia kerana mengambil inisiatif yang sangat penting untuk mengawal dana politik yang melampau di negara kita.
“Kita harapkan cadangan ini dapat dibawa ke Parlimen pada Mac tahun hadapan,” katanya.
Demikianlah Artikel DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ?
Sekianlah artikel DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DEPA KATA PEH TAK PANDAI BERPOLITIK, LA NI SAPA MENGGELUPUR ? ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/depa-kata-peh-tak-pandai-berpolitik-la.html