Judul : CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM
link : CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM
CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM
Tampil segera Kabinet bayangan
SHAH ALAM - Pembangkang perlu tampil segera dengan Kabinet bayangan bagi meyakinkan rakyat terhadap perjuangan mereka, khususnya menjelang PRU14.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, selama ini pembangkang hanya mencari kelemahan BN dengan membuat pendedahan tertentu kepada pihak umum.
“BN pula sentiasa hadir dengan kekuatan baru dan pembangkang sewajarnya menonjolkan kelebihan yang mereka miliki berbanding mencari kelemahan pihak lawan,” katanya, semalam.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menggesa pembangkang berhenti berbincang tentang calon perdana menteri dan Kabinet bayangan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau berkata, pembangkang sewajarnya mewujudkan Kabinet bayangan bagi menunjukkan kepada rakyat keunikan mereka, di samping meyakinkan pengundi mereka.
“Mereka wajar menunjukkan kerangka dasar atau polisi yang berbeza dengan BN bagi meyakinkan rakyat di negara ini,” katanya.
Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat mempunyai pandangan berbeza dan berpendapat, Kabinet bayangan hanya perlu diwujudkan pada masa yang betul.
Menurutnya, dalam situasi politik tanah air pada masa kini, sesuatu tindakan yang diambil itu perlu berhati-hati bagi menggelakkan parti terlibat mendapat kesan buruk pada masa hadapan.
“Kalau mereka (pembangkang) kemukakan Kabinet bayangan tidak realistik, itu akan jadi 'paku buah keras' dan terpelanting kepada mereka balik.
“Ini menyebabkan mereka perlu fikir dua kali sebelum ambil sesuatu tindakan,” katanya.
Selain Kabinet bayangan, Samsul Adabi berkata, yang penting dalam sesebuah parti adalah manifesto dan janji kepada rakyat.
Menurutnya, Kabinet bayangan sukar untuk diwujudkan dengan segera kerana ia perlu mengambil kira banyak faktor bagi menggelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
“Di negara pelbagai kaum ini, Kabinet bayangan adalah sesuatu yang sangat bahaya.
“Kalau salah letak nama, ia akan beri kesan kepada parti, khususnya krisis di peringkat dalaman,” katanya.
Demikianlah Artikel CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM
Sekianlah artikel CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CAKAP-CAKAP POPULAR MUHYIDDING JADI PI EM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/cakap-cakap-popular-muhyidding-jadi-pi.html