Judul : [BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor
link : [BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor
[BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor
17 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kedua-dua parti itu perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).
“Bagaimanapun, kita akur dengan sebarang arahan pimpinan PKR Pusat. Pembahagian kerusi hanya ditentukan di peringkat Pusat dan Keadilan Selangor akan memberikan cadangan bersesuaian secara tertutup,” katanya yang dipetik daripada Utusan Melayu, hari ini.
Minggu lalu, PPBM telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan pakatan harapan yang antara lain bersetuju menggunakan satu logo dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Keempat-empat parti dalam pakatan itu turut bersetuju untuk menggunakan menifesto bersama dalam PRU14 akan datang.
Sementara itu, di Pulau Pinang pula, Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak mempersoalkan keperluan MoU tersebut kerana setiap parti pembangkang gagal menunjukkan kesediaan untuk berkrompomi dalam soal pembahagian kerusi.
MoU berkenaan turut disifatkannya sebagai tidak mempunyai hala tuju jelas selain hanya sebuah retorik semata.
“Adakah parti seperti DAP dan PKR mahu menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada PAN dan PPBM untuk menentang BN seperti ditetapkan kerjasama itu?
“Sebab itu, impian mewujudkan pertandingan dua penjuru hanya retorik pembangkang semata-mata kerana dalam beberapa pilihan raya sebelum ini pun mereka tetap bertanding sesama sendiri kerana tiada persefahaman,” kata Rahmad yang juga bekas ahli DAP.
Katanya lagi, pergeseran antara pembangkang pasti akan berlaku di Pulau Pinang memandangkan DAP dan PKR perlu menyerahkan lebih banyak kerusi mereka kepada PAN dan PPBM .
“Persoalannya adakah DAP kini mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Ngeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen mahu dengan mudah melepaskan sebahagian kerusi berkenaan? Atau adakah PKR sanggup menggadaikan sebahagian daripada 16 kerusi DUN yang ditandingi mereka sebelum ini kepada PAN dan PPBM?, soalnya. - ismaweb
Demikianlah Artikel [BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor
Sekianlah artikel [BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BN KEKAL PERINTAH, KALAU BEGINI TAK SEPAKAT] PKR mungkin tak benar PPBM, PAN bertanding di Selangor dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/bn-kekal-perintah-kalau-begini-tak.html