Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah

Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah
link : Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah

Baca juga


Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah

IPOH – Majlis Permuafakatan PIBG Perak meminta pengusaha bas memberikan kerjasama untuk berunding berhubung isu kenaikan tambang bas sekolah sebelum sesi persekolahan 2017 bermula.

Presidennya, Datuk Rosli Yang Danian berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut seterusnya mencari alternatif terbaik untuk meringankan beban mereka dan juga ibu bapa.

Beliau tidak menolak kemungkinan kenaikan akan berlaku memandangkan keadaan harga minyak semasa semakin meningkat namun kenaikan tambang perlulah munasabah.

Menurutnya, kenaikan ini sekali gus akan membebankan ibu bapa yang mempunyai lebih seorang anak tambahan pula dengan keadaan ekonomi ketika ini.

“Saranan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu pengusaha bas sekolah berbincang dengan PIBG terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenaikan adalah sangat tepat.

“Dalam rundingan itu, kita boleh bincang pro dan kontranya. Pengusaha bas boleh berikan penjelasan, pihak ibu bapa juga boleh beri pandangan. Kita sebagai orang tengah akan cuba cari jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mencapai kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa cadangan kenaikan berhubung tambang bas sekolah.

Tambahnya, tidak sesuai tambang bas sekolah dinaikkan mulai Januari depan yang hanya akan membebankan ibu bapa berikutan sesi persekolahan baharu bermula.

Dalam perkembangan lain, selain kadar tambang bas dijangka meningkat, beberapa keperluan sekolah juga naik.

“Saya ada ke beberapa pasar raya sekitar Ipoh untuk tinjauan dan mendapati ada sebilangan ibu bapa yang merungut harga barangan keperluan sekolah berlaku peningkatan.

“Mereka cakap harga yang dibeli hari ini tidak sama seperti tahun sebelumnya. Buat masa ini saya rasa harga masih terkawal kerana tidak ada aduan dari mana-mana pihak,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah

Sekianlah artikel Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/bincang-dengan-sekolah-dan-ibu-bapa.html

Subscribe to receive free email updates: