Judul : TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti?
link : TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti?
TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti?
PAS menafikan dakwaan kononnya Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal meninggalkan parti itu berikutan isu dana RM90 juta yang dilaporkan portal Sarawak Report sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, dakwaan itu disifatkan sebagai berita palsu dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Tuan Ibrahim.
“Ini berita palsu. Bagi saya, ini adalah pembohongan semata-mata dan ia sangat tidak masuk akal. Kami baru sahaja bersama dalam retreat PAS Pusat dalam merangka strategi PRU14.
“Jadi hentikan sebar berita palsu seperti ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.
Tegas beliau, PAS sebelum ini menerusi Tuan Ibrahim berulang kali menafikan penerimaan wang tersebut.
Sebelum ini, Sarawak Report dalam artikelnya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalirkan sejumlah wang bernilai RM90 juta kepada pimpinan tertinggi PAS supaya parti itu menjauhi gabungan pembangkang.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan setegasnya oleh Tuan Ibrahim dan PAS kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan berhubung fitnah tersebut.
Demikianlah Artikel TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti?
Sekianlah artikel TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TIDAK SETUJU KERJASAMA PAS-UMNO: Tuan Ibrahim bakal tinggalkan parti? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/tidak-setuju-kerjasama-pas-umno-tuan.html