Judul : Teruk dikecam, ini jawapan Zairil
link : Teruk dikecam, ini jawapan Zairil
Teruk dikecam, ini jawapan Zairil
Zairil (kiri) dalam satu pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang bersama Presidennya, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff (dua kiri) sebelum ini. - Foto oleh PERSATUAN BOLASEPAK PULAU PINANG
PEMILIHAN Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengurus baharu Pasukan Bolasepak Pulau Pinang bagi musim 2017 dikecam segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak layak untuk menyandang jawatan tersebut bagi mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri itu dalam saingan Liga Malaysia.
Lebih menghangatkan keadaan lagi apabila ada penyokong yang meminta Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menimbang kembali keputusan itu kerana jawatan pengurus merupakan salah satu kedudukan penting di dalam sesebuah pasukan bola sepak.
Luahan berkenaan kini mula bertebaran di laman media sosial di sebalik persoalan penyokong mengenai persiapan Harimau Kumbang yang seakan menyepi tanpa perkembangan semasa.
Bagaimanapun Zairil ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau maklum dengan perkara tersebut dan meminta semua penyokong Pulau Pinang bersabar dan memberikan ruang kepadanya untuk mengalas amanah tersebut sebaik mungkin.
Menurutnya, banyak cerita tidak benar kini tersebar di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatApps bagi mempertikaikan kemampuannya.
"Saya baru sahaja menerima amanah ini dari FAP untuk menguruskan pasukan bola sepak Pulau Pinang selepas menolak perlawanan mereka sebelum ini tapi macam-macam cerita tidak benar timbul. Saya belum lagi buat kerja tapi sudah ada pihak yang telah mempertikaikan cara kerja saya.
Ingin saya jelaskan bahawa apa yang tersebar kini di laman sosial adalah tidak benar malah ada info yang tidak pun sahih tapi dikatakan keluar dari mulut saya," katanya.
Zairil berkata, FAP sedang giat untuk memperkasakan skuad utama pada musim hadapan dan sebarang pengumuman rasmi hanya akan dilakukan selepas semua urusan kontrak pemain dan jurulatih selesai.
Beliau percaya kelambatan persatuan itu membuat pengumuman awal menyebabkan kerisauan di kalangan penyokong Harimau Kumbang juga turut bertambah.
"Kami berpendapat tidak perlu terburu-buru dalam mengumumkan keputusan jika masih ada urusan yang belum selesai dan kepada semua penyokong Pulau Pinang jangan bimbang kerana semua perkara sudah berada pada peringkat akhir.
Selepas semua urusan kontrak selesai barulah kami akan umum selewat-lewatnya pada minggu hadapan," katanya.

Demikianlah Artikel Teruk dikecam, ini jawapan Zairil
Sekianlah artikel Teruk dikecam, ini jawapan Zairil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teruk dikecam, ini jawapan Zairil dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/teruk-dikecam-ini-jawapan-zairil.html