Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Ryan Hadrian Idris, 19, maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Menurut sepupu mangsa yang enggan dikenali, mangsa dalam perjalanan ke Putrajaya dari arah Kuala Lumpur bagi menyambut hari lahir yang ke-19.

Bagaimanapun, semasa di tempat kejadian, motosikal mangsa mengalami masalah teknikal menyebabkannya terbabas dan jatuh di tengah jalan.

"Mangsa cuba bangun, tetapi dirempuh sebuah motosikal lain dari arah belakang. Kami menunggang motosikal berasingan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE