Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen

Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen
link : Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen

Baca juga


Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen



Sepuluh individu, termasuk anak ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dicari polis susulan kejadian merusuh di lobi bangunan Parlimen, semalam sudah ditangkap manakala seorang lagi wanita menyerah diri, hari ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sehingga jam 10.15 pagi tadi, semua suspek yang jumlah keseluruhannya kini 11 orang berjaya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita minta orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat lain berkaitan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat.

"Mereka boleh berhubung dengan pegawai kita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada sidang akhbar yang diadakan sebelum ini di Bukit Aman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan membuat keputusan jika mereka mahu bertindak ke atas ahli parlimen yang membawa kumpulan itu ke dalam kawasan Parlimen.

Ini, katanya bergantung kepada niat anggota parlimen itu.

Semalam, sekumpulan individu cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di kawasan Parlimen.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.







Demikianlah Artikel Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen

Sekianlah artikel Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/polis-tangkap-anak-tajuddin-dan-konco.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :