PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK

PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK
link : PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK

Baca juga


PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK


Kes jenayah


Johor Bahru - Seorang peragut maut manakala seorang lagi rakannya patah kaki kiri akibat kemalangan selepas meragut telefon bimbit seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 5.15 petang itu, kedua-dua suspek telah mendatangi dua kanak-kanak yang sedang bermain dan berpura-pura bertanyakan jalan.

"Pembonceng motosikal bertanyakan arah jalan kepada seorang daripada kanak-kanak tersebut dan selepas kanak-kanak itu memberitahu arah jalan, suspek bertindak merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa.

"Kejadian tersebut dilihat orang awam yang bertindak mengejar kedua-dua suspek berkenaan dan dalam usaha suspek melarikan diri, mereka telah melanggar sebuah kereta yang sedang keluar daripada persimpangan jalan EcoWorld Taman Kota Masai," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian manakala rakannya - penunggang motosikal berusia 19 tahun mengalami patah kaki kiri.

"Hasil siasatan lanjut juga mendapati penunggang motosikal mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala pembonceng tidak mempunyai apa-apa rekod," katanya.

Mayat pembonceng telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat sementara penunggang menerima rawatan di hospital sama dan ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Demikianlah Artikel PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK

Sekianlah artikel PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERAGUT MAUT LEPAS RAGUT KANAK-KANAK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/peragut-maut-lepas-ragut-kanak-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :