Judul : Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..!
link : Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..!
Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..!
Di satu pihak kata di atas..! Di satu pihak pula berkata di bawah..!
Isu ini menyebabkan Ku Nan kuyup di maki hamun oleh ahli UMNO sendiri..!
Di satu peringkat lain, perebutan di peringkat Timbalan dan naib Presiden sudah semacam tidak boleh di elak..! Katanya masing masing dah banyak modal habis..!
Akar umbi pulak dah semakin menolak dan musykil dengan tindakan demi tindakan yang Najib lakukan..!
Akar umbi Umno bimbang Najib ‘jual negara’ pada China
Akar umbi pulak dah semakin menolak dan musykil dengan tindakan demi tindakan yang Najib lakukan..!
Akar umbi Umno bimbang Najib ‘jual negara’ pada China
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia berkata presiden Umno perlu menjadikan perhimpunan agung parti sebagai tempat menangkis segala tohmahan termasuk berhubung lawatan ke China.
Veteran Umno mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung tujuan sebenar lawatan ke China, pada perhimpunan agung parti hujung November ini.
Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman berkata Najib yang juga presiden parti perlu mengutamakan agenda itu kerana wujudnya kekeliruan dalam kalangan pemimpin akar umbi parti kononnya perdana menteri ingin menjual negara kepada China.
“Perkara yang perlu ditekankan presiden Umno pada Persidangan Agung Umno (PAU) 2016 ialah tentang rasionalisasi ke China sebab ramai akar umbi salah faham berhubung perkara itu malah ada yang bimbang dengan lawatan itu.
“Kita kena menerima hakikat China akan menjadi negara yang mempunyai kuasa ekonomi kuat suatu hari nanti mengatasi Amerika Syarikat, jadi kita patut mengambil peluang menjadi rakan perniagaan China,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini Najib mengadakan lawatan serta menandatangani beberapa perjanjian dengan kerajaan China dalam usaha membentuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Najib sebelum ini berkata rakyat asing yang melabur di Malaysia tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina di sini ke negara asal mereka.
“Bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati,” katanya.
Rahman berkata Najib juga perlu memberi penekanan mengenai kerjasama Umno dengan rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Presiden kena beri penjelasan mengenai salah faham bukan Islam yang kononnya Umno lebih kepada bangsa Melayu, terutamanya melalui rakan dalam komponen BN.
“Penjelasan itu perlu bagi memastikan mereka (bukan Islam) tidak termakan propaganda pembangkang yang akhirnya menuju kehancuran,” katanya.
Sementara itu, Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Najib perlu menangkis segala tohmahan dilemparkan bekas pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus meyakinkan kembali ahli parti yang semakin berpecah.
“Presiden Umno perlu menguatkan kembali akar Umno dalam PAU nanti supaya ahli sentiasa bersedia menentang musuh terutama pembangkang termasuk bekas pemimpin Umno tidak kira Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apatah lagi apabila Umno kini berpecah belah.
“Menerusi penubuhan parti baharu, perpecahan orang Umno dalam politik amat ketara ditambah pula dengan terbentuknya pakatan pembangkang baharu,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2016 akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Apa maksudnya? maksudnya jentera penerangan yang di ketuai oleh Annuar Musa gagal memahamkan ahli UMNO berkaitan apa yang berlaku..! Saleh Keruak gagal menerapkan keyakinan rakyat atas apa tindakan kerajaan..! Najib gagal menjawab dan menyelesaikan segala permasalahan yang dia sendiri cipta..!
Kesangsian ahli umno dan rakyat terhadap Najib dan barisan pentadbirannya sudah berada di kemuncak..! Bila bila masa boleh menjunam..!
Hakikatnya rakyat sangsi, tak selesa, susah dengan himpitan kewangan hidup dan banyak lagi persoalan yang menyentuh kehidupan rakyat bernegara..!
Macam mana nak menang pilihanraya..???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Demikianlah Artikel Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..!
Sekianlah artikel Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penolakan Rakyat Sudah Tidak Boleh Di Elak..! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/penolakan-rakyat-sudah-tidak-boleh-di.html